Loading...

Friday, 26 August 2011

KHASIAT DAUN SELOM


                       
                                                        
APA ITU SELOM???
      Oenanthe Javanica ialah nama botani bagi selom.  Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur. Perkataan Javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula dikutip untuk dibuat kajian. Nama botani lain yang sinonim dengan selom ialah Sium Javanicum dan Oenanthe StoloniferaDi Malaysia selom disebut sebagai Piopo.
                      
        Genus Oenanthe  mempunyai 30 spesies yang tumbuh dimerata tempat di seluruh dunia di kawasan beriklim sederhana hemisfera utara, Afrika Selatan, Asia dan Australia. Namun tidak semua spesies Oenanthe boleh di makan. Terdapat spesies yang beracun terutama di dalam akar dan bijinya.
                      
        Selom boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, dari India dan Pakistan hinggalah ke jepun dan Taiwan, dari China hinggalah ke bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap.
                     
        Selom merupakan tumbuhan saka, herba, tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara akuatik. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Ia tumbuh tegak dari batang mendatar, mempunyai banyak dahan , berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan. Di samping itu, daun selom tersusun secara berselang-seli , pelepah daun memeluk batang, permukaan atas berwarna hijau tua, permukaan bawah hijau muda. Bunganya pula tumbuh berjambak pada bahagian pucuk batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.


Khasiat Selom….

·         mengandungi banyak air
·         mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom
·         meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser.
Ø  caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

      Air Rebusan Selom
·         airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

      Biji Selom
·         digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

      Buah selom
·         digunakan sebagai perangsang buang air
·         untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. 

                 

                                     

1 comment:

  1. pakai la font yang senang utk dibace. sakit mate den bace :)

    ReplyDelete