Friday, 26 August 2011

KHASIAT DAUN SELOM


                       
                                                        
APA ITU SELOM???
      Oenanthe Javanica ialah nama botani bagi selom.  Oenanthe berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud jambak bunga yang menyerupai setangkai anggur. Perkataan Javanica pula merujuk kepada Pulau Jawa yang merupakan tempat tumbuhan selom mula-mula dikutip untuk dibuat kajian. Nama botani lain yang sinonim dengan selom ialah Sium Javanicum dan Oenanthe StoloniferaDi Malaysia selom disebut sebagai Piopo.
                      
        Genus Oenanthe  mempunyai 30 spesies yang tumbuh dimerata tempat di seluruh dunia di kawasan beriklim sederhana hemisfera utara, Afrika Selatan, Asia dan Australia. Namun tidak semua spesies Oenanthe boleh di makan. Terdapat spesies yang beracun terutama di dalam akar dan bijinya.
                      
        Selom boleh dijumpai hampir seluruh kawasan Asia, dari India dan Pakistan hinggalah ke jepun dan Taiwan, dari China hinggalah ke bahagian utara Australia. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap.
                     
        Selom merupakan tumbuhan saka, herba, tidak berbulu, licin, dan biasanya tumbuh secara akuatik. Batang selom berbuku dan mempunyai ruas yang jelas berongga. Ia tumbuh tegak dari batang mendatar, mempunyai banyak dahan , berwarna hijau tetapi kadang-kadang kemerahan. Di samping itu, daun selom tersusun secara berselang-seli , pelepah daun memeluk batang, permukaan atas berwarna hijau tua, permukaan bawah hijau muda. Bunganya pula tumbuh berjambak pada bahagian pucuk batang dan berwarna putih serta bersaiz kecil.


Khasiat Selom….

·         mengandungi banyak air
·         mengandungi 91.6 % air, 1.1 % protein, 0.4 % lemak, 4.4 % karbohidrat, 1.0 % serabut dan 1.5 % abu.

Daun dan Batang Selom
·         meredakan penyakit seperti bisul, terkena gigitan kuda, ular, kala jengking, dan bengkak kerana kanser.
Ø  caranya: dengan melumatkan daun dan batang kemudian sapu pada bahagisn yang sakit atau terkena gigitan.

      Air Rebusan Selom
·         airnya diminum sebagai penawar demam selesema, susah buang air kecil dan buang air bercampur darah.

      Biji Selom
·         digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

      Buah selom
·         digunakan sebagai perangsang buang air
·         untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. 

                 

                                     

Sunday, 21 August 2011

KHASIAT TOMATO

Tomato...

Nama saintifik bagi buah tomato ialah Solanam Lycopericam. Buah ini dimakan sebagai ulam atau dijadikan jus minuman harian. Warna tomato berbeza-beza tetapi yang paling popular ialah tomato warna merah.Buah tomato yang berwarna merah boleh dimakan mentah tetapi tidak semua orang menggemarinya. Warna merah sebenarnya disebabkan likopena iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan palbagai khasiat antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. 

         Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandyngi likopena juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung. Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato.

Fungsi dan kelebihan anti-oksida  dan lilopena kepada tubuh badan:
  • membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • melancarkan perjalanan darah
  • menghalang pembengkakan dan keradangan
  • bertindak sebagai bahan anti bakteriaa, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
  • mengurangkan paras kolesterol dan mengawal tekanan darah



Saturday, 13 August 2011

KHASIAT DAUN KESOM


Daun Kesom...

Daun kesum memang tidak asing dikalangan masyarakat Melayu. Ia sering dicampurkan kedalam laksa dan masakan asam pedas. Selain mengenakkan makanan, adakah anda tahu bahawa ia mengandungi banyak khasiat. 

Khasiat daun kesom :

  • Air rebusan daun kesum jika diminum dengan teratur, mampu membantu memulihkan masalah makanan yang tidak hadam di dalam perut. Ia juga baik diamalkan oleh wanita yang baru melahirkan anak.
  • Air daripada daun kesum yang ditumbuk jika disapukan di kepala, mampu mengatasi masalah kelemumur.
  • Daun kesum kaya dengan beta kerotina, vitamin A, vitamin C dan bahan galian seperti kalsium, kalium dan fosforus.
  • Sifat semulajadinya yang beraroma boleh digunakan untuk menghasilkan pati minyak yang dipercayai berpontensi tinggi dalam industri wangian dan perisa.

Saturday, 6 August 2011

KHASIAT DAUN SALAD



Daun Salad..

Daun salad atau nama sainsnya Lactuca sativa. Daun salad bukan sahaja digunakan untuk menghiaskan makanan, malahan juga enak dimakan begitu sahaja. Peranan daun salad bukan sahaja berhenti begitu sahaja kerana daun ini juga mempunyai kepentingan dari segi perubatan.

khasiat Daun Salad : 
  • merupakan penawar kepada masalah insomia atau gangguan tidur.
  • kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, mangnasium dan zink.
  • mengandungi sejenis kompaun yang dikenali sebagai  lactucarium  yang  bertindak sebagai sedatif.
  • daun ini juga mengandungi karotin, seraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan juga bertindak melancarkan sistem pernafasan.
  • salad juga mampu mengurangkan paras kandungan gula dalam badan, mencegah kanser, mengubati kencing manis, gout, penyakit jantung dan sistem penghadaman

Ciri-ciri Diet Salad Yang Baik :
  • elakkan penambahan bahan-bahan berasaskan tepung
  • bataskan penggunaan bijirin
  • pilih minyak zaitun dan makan makanan yang kaya dengan khasiat omega tiga
  • jangan tambahkan gula di dalam hidangan salad
  • pastikan makan buah-buahan sekali sehari
  • kurangkan penambahan kekacang dalam hidangan salad
  • elakkan penambahan makanan berlemak
  •  tambahkan sedikit khasiat protein seperti ikan, tenusu dan daging.



Friday, 29 July 2011

KHASIAT TERUNG PIPIT



Terung Pipit...           

             Terung pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul, merupakan tumbuhan liar di Malaysia dan di negara-negara tropika yang lain tetapi negara asalnya ialah Antilles. Nama botani terung ini ialah Solanum Tarvum.Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Batangnya berkayu liat, mempunyai dahan banyak dan berduri. Daunnya berpasangan dan mudah, bergaris bentuk bujur dan terdapat juga duri pada urat daunnya. Bunganya berjambak-jambak di hujung atau terminal ranting, berwarna putih.


Khasiat Terung Pipit..

  • mengandungi 2% protein, 0.1% lemak, 7.95 karbohidrat,  fosforus, zat besi, vitamin A, C dan B1 serta alkaloid jenis steroid (soladin) sebanyak 0.84%.  
  • mengubati sakit kepala
  • mengubati sengal-sengal badan
  • mengubati  taun dan cirit-birit
  • mengurangkan demam panas
  • merawat buasir.caranya dengan menjadikan daunnya pes dan losyen.
  • menurunkan tekanan darah tinggi
  • daunnya dijadikan bahan perisa masakan. 
Buah Terung Pipit..
  • sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga.Caranya ialah tumbuk buah terung pipit hingga lumat dan cecair yang dikeluar itu diambil dan disapu pada tempat sengatan.
  •  melegakan sakit perut.
Biji Terung Pipit..
  •   merawat sakit gigi.caranya: bakar bijinya dan sedut asapnya.
Akar..
  •  mengubati retak kulit pada kaki atau bengkak.Cara merawatnya bolehlah menumbuk   lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yang bengkak.
  • \Merawat sawan dan pitam.Caranya ialah rebus dan minum air rebusan akarnya.

Penggunaan..

       Pokok terung pipit mempunyai potensi bagi membersihkan kawasan tercemar kerana ia mampu menyerap logam berat dari tanah.  Bagaimanapun, pokok yang ditanam bagi tujuan ini tidak sesuai digunakan sebagai sumber makanan bagi mengelak keracunan kepada manusia yang memakannya.Sesetengah jenis pokok terung pipit (dari Mexico) mengandungi alkaloid glycosilated yang boleh digunakan bagi menghasilkan hormon steroid (Lewis et al., 1970; Maití et al., 1979), menjadikan spesies ini penting dari segi ekonomi., Selain itu setengah jenis terung pipit yang putik boleh menyebabkan gejala neurologikal dan sakit perut (“gastrointestinal” berpunca dari solanaceous steroidal glycoalkaloids (SGAs).

Friday, 22 July 2011

KHASIAT TIMUN

 

Timun ...

        Timun atau nama saitifiknya ialah cucumis sativus. Timun mempunyai pelbagai khasiat dan penawar.

Khasiat timun:
  •  kaya dengan kandungan mineral, kalsium, fosforus, zat besi dan Vitamin C
  • dapat menyejukkan badan
  • mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita
  •   merawat masalah kekerapan buang air kecil dengan menggunakn cecair daripada bijinya
  • dapat mengatasi sembelit dengan makan timun selalu
  •   dapat menghilangkan masalah bau badan.Caranya ialah ambil sebiji timun muda dan kupas kulitnya. Cuci dan gosokkan pada bahagian badan yang sering berpeluh. Lakukan selalu samada semasa mandi ataupun selepas mandi
  • dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik dan arthritis.Caranya ialah jus dicampurkan dengan perahan lobak merah dan saderi.
  • merawat kudis dengan menggunakan perahan timun yang bdicampur dengan jus lobak dan salad.
  • dijadikan  sebagai rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Caranya ialah campur parutan timun dengan kuning telur. Kacau sebati dan sapu pada seluruh muka. Biar 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.
  •  mengatasi masalah panas badan.Caranya ialah kikis sebiji timun dengan menggunakan  garpu supaya berjurai. Boleh juga dikisar sehingga halus. Jadikan sebagai minuman dengan mencampurkannya bersama gula dan garam. Kacau hingga sebati dan simpan dalam peti sejuk. Kemudian minum setiap pagi,petang serta malam.

  



   


        

Friday, 15 July 2011

KHASIAT PETAI


Petai….
 Pokok petai merupakan spesis pokok asli yang tingginya sekitar 30 meter, dan banyak tumbuh di kawasan hutan Malaysia, Indonesia dan Thailand. Buah petai mempunyai kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding buah-buah hutan yang lain. Selain itu, buah petai mengandungi kalsium, fosforus, zat besi serta kaya dengan vitamin A, B1, B2 dan C (vitamin C boleh jadikan anda awet muda!). Yang paling berkhasiat ialah petai yang segar dan besar buahnya. Jadi jika memilih petai di pasar, pilihlah yang bijinya nampak besar dan segar, itulah yang terbaik.
                                                                
       Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun.Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris Spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok durian.Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris Spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Khasiat Petai….         

Biji Petai
  •  dapat merawat masalah hati (liver) ,busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes).
  • dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis. 

Daun   
·         merawat demam kuning.
Ø  Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar) 
·         khusus untuk merawat kencing manis (diabetes).
Ø  Caranya ialah seperti di atas iaitu rebus dan minum airnya. Amalkan selalu.

Sebagai tips untuk menghilangkan bau mulut setelah memakan petai tersebut ialah dengan mengunyah beras mentah sedikit sampai habis selepas kita makan petai itu, niscahaya bau mulut yang disebabkan petai itu tidak akan ada.







Friday, 8 July 2011

KHASIAT PEGAGA

 
   Nama Tempatan   : Pegaga
   Nama Saitifik      : Centella Asiatica /
                                    Hydrocotyle Asiatica
   Nama Lain             : Tapak Kuda ( Indonesia),Indian  
                                    Pennywort, Gotu Kola
   Famili                    : Apiaceae / Umbelliferae


FAKTA SEJARAH
             
          Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk India setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. Selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.


KETERANGAN ­

          Pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiatica / Hydocotyle Asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda (Indonesia),Indian Pennywort, Gotu Kola.Ia dikatakan berasal dari India tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.

          Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

KHASIAT PEGAGA


         Tumbuhan seperti pegaga mempunyai pelbagai keunikan untuk meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk di kalangan kanak-kanak kurang upaya.

    Profesor di Fakulti Sains dan Teknologi Pemakanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman itu membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf di kalangan kanak-kanak terbabit.Hal ini kerana pegaga mempunyai kesan pelalian pada saraf. Bagi mereka yang mahu meningkatkan daya ingatan, pegaga antara pilihan herba yang baik berdasarkan hasil kajian dijalankan UPM kira-kira dua tahun lalu.

   Kajian menunjukkan di kalangan lelaki dan wanita lingkungan usia 35 hingga 55 tahun itu mendapati pegaga bukan saja berupaya meningkatkan ingatan malah mengurangkan paras glukos dan kolesterol. Bagi lelaki pula, Prof Suhaila mengakui ia didapati dapat meningkatkan tenaga seksual.

     Di pelosok dunia lain, penggunaan pegaga atau secara saintifiknya dikenali sebagai centella asiatica turut tersenarai dalam dunia perubatan herba ayurveda dan tradisional Cina. Perubatan ayurveda menyifatkan tumbuhan herba ini sebagai tonik otak, antara lain bagi membantu meningkatkan daya ingatan, usia panjang dan mengekalkan keremajaan.

     Dalam perubatan berkenaan, seluruh bahagian pegaga dianggap sesuai untuk membantu meningkatkan daya ingatan. Di kalangan masyarakat India, tumbuhan berkenaan dipercayai membantu mengatasi pelbagai masalah lain seperti sakit kepala, sakit badan, asma, ulser serta menyembuhkan luka.

       Perubatan tradisional Cina pula memanfaatkan pegaga untuk membantu mengatasi masalah keletihan secara fizikal dan mental. Dalam pelbagai kajian lain, pegaga memiliki pelbagai kegunaan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan seseorang termasuk pembentukan kolagen, membolehkan seseorang tidur lebih lena, merangsang selera makan serta membantu dari segi rawatan pernafasan, reproduktif, saraf, antiradang dan meningkatkan pengaliran darah.

    Dalam penyelidikan yang menggunakan tikus sebagai sampel, didapati tikus yang diberi makan pegaga lebih aktif dan tubuh haiwan itu kurang lemak manakala organ dalaman tikus itu juga lebih sihat berbanding tikus yang tak diberi makan pegaga, jenis pegaga yang agak popular ialah pegaga gajah dan pegaga kampung dikategorikan di bawah spesies centella asiatica.

  Pegaga juga boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.

  Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.   
       
     Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.

Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.  
                   
       Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.   
                   
    Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

        Pegaga yang turut dikomersialkan masa kini antaranya dalam bentuk sabun namun ia boleh dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk barangan lain termasuk barangan kosmetik memandangkan keupayaan pegaga serupa seperti vitamin C.

        Lebih elok jika mengambil pegaga mentah atau segar tetapi lantaran kesuntukan waktu kini, tak salah jika ia dikomersialkan kerana penggunaannya mungkin lebih mudah.